Monday, 30 April 2018

MINGGU KE-10



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Hai, bertemu kembali di blog kami. Pada minggu sebelumnya kami di arah oleh Puan Salina untuk membawa dahan pokok masing-masing untuk membuat kaedah keratan batang. 

Kaedah ini merupakan pembiakan Asexual bagi tumbuhan. Untuk kaedah keratan terbahagi kepada empat keratan iaitu, keratan batang, keratan daun, keratan akar, keratan tunas daun. 


KERATAN AKAR : 
  • dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut.
  •  Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago).
  • Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.


Contoh keratan akar

KERATAN DAUN : 
  • Dijalankan menggunakan bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan ornamental atau bunga-bungaan banyak yang sesuai dibiak dengan cara ini. Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.
  • Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun.

  • Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.


Contoh keratan daun


KERATAN BATANG :

  • Bagi teknik Keratan Dahan atau batang menggunakan keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana keras dan keratan kayu hijau atau lembut.
  • Caranya ialah dengan memilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit yang panjang keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu secara serong di bawah satu mata tunas.
  • Tinggalkan 2 atau 3 helai daun dan tentukan sekurang- kurangnya ada satu (1) tunas untuk akar dan satu (1) tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan).
  • Tekan di sekeliling pangkal keratan kemudia di siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Antara nya seperti jenama SERADIX.

Contoh keratan batang

Medium tanaman

Masukkan medium kedalam palsu 

Contoh batang yang telah dipotong serong


Contoh pengalak akar yang digunakan 

Pokok disiram sehingga air keluar daripada lubang di bawah palsu

Kesemua pokok yang telah dibuat oleh setiap pelajar

Itu sahaja aktiviti pada minggu ini. Sekian terima kasih. ^_^






No comments:

Post a Comment

MINGGU KELAPAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Pada minggu ini merupakan minggu cuti pertengahan semester. Oleh itu, kami diberikan ...