بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum, terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat ke blog kami. Kami merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup). Kami diberi tugasan untuk membuat satu semaian sayur-sayuran secara kecil-kecilan.
Pada hari pertama kelas, kami diterangkan tentang beberapa peraturan dan etika semasa berada di ladang oleh Pn.Salina, En. Abang, En.Faris dan Dr.Husna. Selain itu, kami juga turut diberi taklimat tentang apakah subjek atau perkara yang kami lakukan semasa satu semester ini.
Selepas selesai sesi taklimat, En Faris menunjukkan kepada kami semua alatan-alatan yang akan digunakan semasa sesi pembelajaran.
Seterusnya, kami dibawa ke tapak penyemaian untuk kerja-kerja pembersihan. Sebagai contoh, mencabut rumput dan membuang sampah sarap. Setiap pelajar diberikan tapak semaian masing-masing untuk dikerjakan.
Selepas kerja-kerja pembersihan selesai, kami diberi tunjuk ajar oleh En Abang bagaimana cara-cara untuk menggembur tanah dengan betul dan tepat.
Selepas selesai kerja menggembur tanah En Faris menunjukkan baja-baja yang akan digunakan semasa proses penuaian. Terdapat dua jenis baja yang akan digunakan iaitu, baja CIRP dan NPK.
- CIRP (CRYSTAL ISLAND ROCK PHOSPHATE)Baja CIRP adalah baja penggalak akar. CIRP ialah baja tunggal dan unsurnya ialah Phosphate dan CIRP utk akar. CIRP biasanya digunakan sebelum memulakan penanaman dan di gaulkan di dalam lubang tanaman. Ada setengah petani memanggil ini sebagai " Baja Lapik". Maksudnya ialah apabila menggunakan CIRP penanaman pokok dan akar akan cepat bergerak dalam tanah untuk meningkatkan keaktifan akar itu sendiri untuk mengambil nutrian-nutrien yang lain yang diperlukan oleh pokok. Pokok tidak boleh menggunakan CIRP sahaja malah perlu menggunakan unsur-unsur yang lain. CIRP – 32 % P2O5.
- NPK (NITROGEN PHOSPHORUS KALIUM)NPK sebenarnya bermaksud sebagai Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium) dan nombor-nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja tersebut. Sebagai contoh, N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium (Pottasium) sebanyak 17%. Memang amat penting bagi industri pertanian memahami asas kepada formulasi pembuatan baja dan tahu keperluan formulasi NPK bagaimana yang dijual kemudian akan dibeli untuk tanaman mereka. Kadar angka NPK ini lazimnya diformulasi mengikut keperluan jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim atau keadaan cuaca serta banyak faktur lain.
Pengambilan baja CIRP
Baja CIRP dan NPK di taburkan di atas tanah
Proses meratakan baja CIRP dan NPK
Setelah selesai membuat batas yang betul.Seterusnya kita akan menyediakan semaian tanaman.
Cara-cara membuat semaian
- Menyediakan peralatan&bahan semaian yang diperlukan
a. Bekas semaian/tray
b. Medium semaian: cocopit
- Medium ini diperbuat daripada sabut kelapa yang dihancurkan.
c. Biji benih: a) tomato
Biji benih Tomato
Cocopit
Tray yang telah disemai biji benih tomato
2. Setelah bahan yang diperlukan tersedia, proses seterusnya adalah menyemai biji benih.
A) Letakkan medium semaian ke dalam ke dalam tray
- jangan terlalu penuh dan mampat
B) Membuat lubang kecil pada medium semaian
-boleh menggunakan kayu kecil atau jari.Lubang ini dibuat kerana untuk memasukkan biji benih
C) Memasukkan biji benih ke dalam lubang
- jangan terlalu banyak kerana anak benih yang akan tumbuh nanti akan bersaing.
D) Taburkan satu lapisan cocopit
-proses ini bagi menutupi biji benih yang baru ditanam.
E) Sentiasa memastikan medium semaian kekal lembap
-sekiranya kering, biji benih sukar untuk tumbuh dan berkemungkinan akan mati.
No comments:
Post a Comment