بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada minggu ini kami menuai sayuran yang sudah masak hasil daripada set hidroponik dan menjualnya di fakulti pendidikan. Kami menjual sayuran tersebut dengan harga RM 0.50 untuk 300 (grm). Ini kerana ia merupakan sayur pertama yang kami jual.
Seterusnya, setelah selesai menjual sayuran kami di ajar oleh Puan Salina cara-cara untuk memindahkan tanaman daripada batas ke nutripot dan hidroponik. Antara cara-caranya ialah :
- Kami mengambil tanaman pada batas yang mempunya jarak yang rapat antara satu tanaman dan tanaman yang lain.
- Seterusnya, Kami perlu mengambil tanaman tersebut dengan menggunakan skop kecil. Semasa pengambilan anak pokok perlulah dilakukan dengan berhati hati agar tidak memutuskan akar anak pokok tersebut.
- Anak pokok yang sudah di ambil pada batas perlulah dibuang tanah yang terdapat pada akar pokok tersebut sebelum dimasukkan kedalam pot nutripot dan hidroponik. Semasa proses ini juga perlu dilakukan dengan berhati-hati agar akar anak pokok tidak putus.
- Langkah seterusnya ialah memasukkan anak pokok tersebut kedalam pot hidroponik dan nutripot. Semasa memasukkan anak pokok tersebut pastikan akar anak pokok perlulah di appit dengan sponge supaya mendapat kelembapan dan pastikan anak pokok berada dalam keadaan tegak.
No comments:
Post a Comment