Wednesday, 23 May 2018

MINGGU KE-11



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Bertemu kembali di blog kami :D Pada minggu ini kami melakukan amali berkaitan pembahagian dan pembelahan. Kami di tunjuk ajar oleh Puan Salina untuk menanam tiga jenis tumbuhan. Antara tumbuhan yang telah kami tanam ialah, halia, bawang dan serai. Kami menanam ketiga-tiga tumbuhan mengikut kaedah yang betul. 

Tugasan pertama yang kami lakukan ialah, kami di arahkan untuk mangambil tanah dan dimasukkan ke dalam pasu. 

 

Berikut merupakan proses pengambilan tanah dan meletakkan tanah ke dalam pasu

kaedah rumpun : 
  • Kami mengambil batang serai dan memotong serai kepada 1/2 daripada panjang serai tersebut.
  • Setelah itu, batang tersebut dimasukkan kedalam tanah
  • Tanah tersebut perlu  dimampatkan agar pokok serai dapat berdiri dengan kukuh. 


pokok serai yang telah di potong 1/2

pokok serai yang telah ditanam

Kaedah bebawang : 
  • Potong bawang kepada empat bahagian.
  • Ambil salah satu daripada empat bahagian tersebut untuk diletakkan kedalam tanah.
  • Semasa menanam bawang pastikan bahagian empulur (bahagian akar) berada di dalam tanah.
  • Pastikan bahagian bawang tidak dimasukkan sepenuhnya kedalam tanah.
memasukan bawang kedalam tanah

memampatkan tanah 

bawang yang selesai ditanam

Kaedah Rhizomes (rizom) :
Halia ditanam menggunakan rezom atau umbisinya yang mengeluarkan tunas di celah-celah isinya. Anda harus menunggu rizom halia bertunas terlebih dahulu sebelum ditanam. Cara-cara menanam halia :

  • Patahkan kira-kira 2 inci bagi 1 tunas atau 2 tunas untuk satu bahagian.
  •  Buat lubang sedalam 2 inci setengah atau 3 inci.
  • Tanam 1 bahagian rizom halia ke dalam lubang yang telah dibuat dan timbus dengan tanah.

                                               
halia yang sudah dimasukkan kedalam tanah

Akhir sekali, semua tumbuhan yang telah ditanam hendaklah disiram sehingga kelihatan air keluar daripada lubang pasu tersebut. 

penyiraman kesemua tumbuhan

Ini sahaja yang dapat kami kongsikan untuk minggu ini. Sekian terima kasih ^_^









No comments:

Post a Comment

MINGGU KELAPAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Pada minggu ini merupakan minggu cuti pertengahan semester. Oleh itu, kami diberikan ...