بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada blog minggu ini kami ingin berkongsi ilmu dan pembelajaran mengenai perkembangan batas kami dan cara memindahkan anak pokok untuk fertigasi.
Pada minggu lepas kami sudah menyemai benih dan pada minggu ini kami dapat melihat biji benih sudah mula bercambah naik. Dan setiap hari kami diwajibkan menyiram di kawasan batas setiap pagi dan petang.Kami juga perlu melihat di kawasan batas kami samaada mempunyai rumpai seperti rumput untuk dicabut kerana untuk mengelakkan rumpai tersebut memakan nutrien tanah.
Tugasan pertama pada minggu ini ialah, kami di arahkan untuk membuka setiap sungkupan yang di letakkan di atas batas masing-masing. Pada mulanya sungkupan itu dibuat adalah untuk mengelakan daripada hujan terkena terus kepada biji benih yang akan menyebabkan biji benih yang disemai hilang kerana air hujan tersebut. Sungkupan pada batas perlu dibuka apabila biji benih yang telah disemai menampakan daun masing masing. Sungkupan ini pula perlu dibukak ketika daun mula bercambah kerana untuk mengelakkan pokok yang sisemai terkena pada sungkupan dan akan menyebabkan pokok tersebut bantut atau mati.

Membuka sungkupan pada batas
Seterusnya, kami pecahkan kepada kumpulan untuk memindahkan anak pokok daripada cup kepada polybag proses ini adalah untuk membuat kaedah fertigasi. Biji benih yang ditanam dalam cup (cawan) yang mula bercambah perlu di pindahkan kedalam polybag hitam untuk proses seterusnya. Medium yang digunakan untuk pemindahan ini ialah, kami menggunakan cocopeat. Kami juga di diterangkan perbezaan antara cocopeat dan cocofiber.
PERBEZAAN ANTARA COCOPEAT DAN COCOFIBER :
PROSES PEMINDAHAN ANAK POKOK :
Kami perlu membasahkan cocopeat untuk proses pemindahan anak pokok. Hal ini kerana,untuk memudahkan pemindahan cocopeat daripada guni kedalam polybag.
Seterusnya, letakkan cocopeat kedalam polybag sekurang-kurangnya, 2/3 daripada polybag tersebut. Semasa proses meletakkan cocopeat kedalam polybag janganlah mampatkan cocopeat tersebut untuk mengelakkan akar pokok sukar untuk mencari sumbar air dan akan menyebabkan pokok mati.
Setelah polybag diisi cocopeat, hendaklah disiram cocopeat tersebut agar lebih basah.
Buatkan lubang pada permukaan cocopeat yang dapat memuatkan tanah asal anak pokok yang hendak di pindahkan.
- Letakkan anak pokok kedalam lubang tersebut dan tutup kesemua akar bersama cocopeat. Semasa memindahkan anak pokok hendaklah dilakukan dengan lebih barhati-hati agar akar anak pokok tidak putus. Jangan mampatkan semasa menutup lubang tersebut. Sudah selesai pastikan anak pokok berada dalam keadaan yang tegak.
Itu sahaja aktiviti yang kami lakukan pada minggu ke-emppat ini, harap apa yang kami kongsikan dalam bolg kami ini amat bermanafaat untuk kamu yang membaca. sekian terima kasih. :)