Monday, 30 April 2018

MINGGU KE-10



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Hai, bertemu kembali di blog kami. Pada minggu sebelumnya kami di arah oleh Puan Salina untuk membawa dahan pokok masing-masing untuk membuat kaedah keratan batang. 

Kaedah ini merupakan pembiakan Asexual bagi tumbuhan. Untuk kaedah keratan terbahagi kepada empat keratan iaitu, keratan batang, keratan daun, keratan akar, keratan tunas daun. 


KERATAN AKAR : 
  • dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut.
  •  Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago).
  • Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.


Contoh keratan akar

KERATAN DAUN : 
  • Dijalankan menggunakan bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan ornamental atau bunga-bungaan banyak yang sesuai dibiak dengan cara ini. Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.
  • Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun.

  • Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.


Contoh keratan daun


KERATAN BATANG :

  • Bagi teknik Keratan Dahan atau batang menggunakan keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana keras dan keratan kayu hijau atau lembut.
  • Caranya ialah dengan memilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit yang panjang keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu secara serong di bawah satu mata tunas.
  • Tinggalkan 2 atau 3 helai daun dan tentukan sekurang- kurangnya ada satu (1) tunas untuk akar dan satu (1) tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan).
  • Tekan di sekeliling pangkal keratan kemudia di siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Antara nya seperti jenama SERADIX.

Contoh keratan batang

Medium tanaman

Masukkan medium kedalam palsu 

Contoh batang yang telah dipotong serong


Contoh pengalak akar yang digunakan 

Pokok disiram sehingga air keluar daripada lubang di bawah palsu

Kesemua pokok yang telah dibuat oleh setiap pelajar

Itu sahaja aktiviti pada minggu ini. Sekian terima kasih. ^_^






MINGGU KESEMBILAN



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Pada minggu ini kami perlu membersihkan batas masing masing hal ini kerana, setelah cuti pertengahan semester batas kami di biarkan selama seminggu dan telah dinaiki rumput yang banyak. kami perlu membersihkan batas untuk menyemai tanaman yang baru iaitu sayur kailan. 

Keadaan batas sebelum kerja permbersihan


Setelah kerja pembersihan selesai, kami mengembur semula tanah tanah di batas masing-masing dan seterusnya kami menabur biji benih kailan di atas batas. 

Batas yang telah digembur


setelah selesai menabur biji benih, kami perlu membuat sungkupuan pada batas, agar biji benih yang sudah ditabur itu tidak hilang apabila hujan. Sungkupan yang dibuat pada batas hendaklah dibuka setelah biji benih mula bercambah, untuk mengelakkan anak pokok tidak dapat membesar dengan sempurna dan mengelakkan anak pokok daripada terbantut. 

Batas yang telah ditutup dengan sungkupan

Ini sahaja aktiviti yang dilakukan pada minggu ini. Sekian terima kasih. :-)



MINGGU KETUJUH



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Seperti biasa, kerja pertama yang perlu kami lakukan pada pagi ini ialah merumpai pada batas masing-masing. Sayur pada batas kami pada minggu ini sudah boleh di tuai dan pada minggu ini juga kami perlu menjual sayur yang ditua pada kesemua batas. 

Kami menuai sayur pada kesemua batas dan bahagikan sayur tersebut mengikut jenis iaitu sayur sawi dan park choy. Setelah selesai menuai sayur kami perlu membasuh sayur tersebut supaya lebih bersih. Seterusnya, kami membungkus sayur tersebut mengikut berat yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 500grm dengan berharga RM 2.00 


Sayur yang telah di basuh dengan bersih

Sayur yang telah di bungkus dan ditimbang untuk dijual



MINGGU KEENAM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Pada minggu ini kami menuai sayuran yang sudah masak hasil daripada set hidroponik dan menjualnya di fakulti pendidikan. Kami menjual sayuran tersebut dengan harga RM 0.50 untuk 300 (grm). Ini kerana ia merupakan sayur pertama yang kami jual.  



Seterusnya, setelah selesai menjual sayuran kami di ajar oleh Puan Salina cara-cara untuk memindahkan tanaman daripada batas ke nutripot dan hidroponik. Antara cara-caranya ialah : 

  • Kami mengambil tanaman pada batas yang mempunya jarak yang rapat antara satu tanaman dan tanaman yang lain.
  • Seterusnya, Kami perlu mengambil tanaman tersebut dengan menggunakan skop kecil. Semasa pengambilan anak pokok perlulah dilakukan dengan berhati hati agar tidak memutuskan akar anak pokok tersebut.
  • Anak pokok yang sudah di ambil pada batas perlulah dibuang tanah yang terdapat pada akar pokok tersebut sebelum dimasukkan kedalam pot nutripot dan hidroponik. Semasa proses ini juga perlu dilakukan dengan berhati-hati agar akar anak pokok tidak putus.
  • Langkah seterusnya ialah memasukkan anak pokok tersebut kedalam pot hidroponik dan nutripot. Semasa memasukkan anak pokok tersebut pastikan akar anak pokok perlulah di appit dengan sponge supaya mendapat kelembapan dan pastikan anak pokok berada dalam keadaan tegak.




    Ini sahaja aktiviti kami pada minggu ini sekian terima kasih :D





MINGGU KELIMA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Pada blog minggu ini kami ingin berkongsi ilmu dan pembelajaran mengenai perkembangan batas kami dan cara penyediaan nutripot

Tugasan pertama kami lakukan ialah merumpai pada batas masing-masing. Selain itu, kami juga perlu menyiram batas pada setiap pagi sebelum kelas amali dimulakan. Berikut merupakan perkembangan pokok pada batas kami :


Seterusnya, setelah kami selesai merumpai dan menyiram, Puan Salina menerangkan cara-cara penyediaan pot untuk nutripot dan hidroponik. 
  • Membersihkan pot nutripot yang lama dan letakkan sponge yang baharu pada pot nutripot dan hidroponik tersebut. Sponge itu diletakkan pada pot adalah sebagai peganti kepada tanah untuk menyerap air.


  • Gambar di bawah merupakan cup yang telah di letakkan sponge untuk set hidroponik

  • Gambar dibawah merupakan set hidroponik yang lama dan pokok tanaman yang sudah boleh di tuai. Kami perlu membersihkan kembali set hidroponik tersebut.


  • Kami perlu menanam biji benih yang baru pada set nutripot tersebut dengan biji benih sawi.

  • Video tersebut merupakan cara untuk membuat lubang pada paip air yang hendak dibuat set nutripot.



    Ini sahaja aktiviti yang kami lakukan pada minggu ini. Sekian terima kasih :D




MINGGU KEEMPAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Pada blog minggu ini kami ingin berkongsi ilmu dan pembelajaran mengenai perkembangan batas kami dan cara memindahkan anak pokok untuk fertigasi.


Pada minggu lepas kami sudah menyemai benih dan pada minggu ini kami dapat melihat biji benih sudah mula bercambah naik. Dan setiap hari kami diwajibkan menyiram di kawasan batas setiap pagi dan petang.Kami juga perlu melihat di kawasan batas kami samaada mempunyai rumpai seperti rumput untuk dicabut kerana untuk mengelakkan rumpai tersebut memakan nutrien tanah.

Tugasan pertama pada minggu ini ialah, kami di arahkan untuk membuka setiap sungkupan yang di letakkan di atas batas masing-masing. Pada mulanya sungkupan itu dibuat adalah untuk mengelakan daripada hujan terkena terus kepada biji benih yang akan menyebabkan biji benih yang disemai hilang kerana air hujan tersebut. Sungkupan pada batas perlu dibuka apabila biji benih yang telah disemai menampakan daun masing masing. Sungkupan ini pula perlu dibukak ketika daun mula bercambah kerana untuk mengelakkan pokok yang sisemai terkena pada sungkupan dan akan menyebabkan pokok tersebut bantut atau mati.

Membuka sungkupan pada batas

Seterusnya, kami pecahkan kepada kumpulan untuk memindahkan anak pokok daripada cup kepada polybag proses ini adalah untuk membuat kaedah fertigasi. Biji benih yang ditanam dalam cup (cawan) yang mula bercambah perlu di pindahkan kedalam polybag hitam untuk proses seterusnya. Medium yang digunakan untuk pemindahan ini ialah, kami menggunakan cocopeat. Kami juga di diterangkan perbezaan antara cocopeat dan cocofiber.

PERBEZAAN ANTARA COCOPEAT DAN COCOFIBER : 



















  • COCOFIBER kebiasaan digunakan pada pokok orkid dan mudah digunakan untuk pokok yang berjalar pada tiang kerana sifatnya yang tidak hancur seperti cocopeat, kelebihan dan kegunaan bagi cocofiber dan cocopeat adalah sama.

  • COCOPEAT diperbuat dari pada sabut kelapa Cocopeat mempunyai tekstur seakan2 tanah yang mana butirannya halus membuat tanaman dapat beradaptasi dengan baik. Cocopeat juga boleh menyimpan dan mempunyai kuasa serapan air sebanyak 6 kali lebih tinggi daripada tanah. 

PROSES PEMINDAHAN ANAK POKOK : 
  • Kami perlu membasahkan cocopeat untuk proses pemindahan anak pokok. Hal ini kerana,untuk memudahkan pemindahan cocopeat daripada guni kedalam polybag. 


  • Seterusnya, letakkan cocopeat kedalam polybag sekurang-kurangnya, 2/3 daripada polybag tersebut. Semasa proses meletakkan cocopeat kedalam polybag janganlah mampatkan cocopeat tersebut untuk mengelakkan akar pokok sukar untuk mencari sumbar air dan akan menyebabkan pokok mati. 

  • Setelah polybag diisi cocopeat, hendaklah disiram cocopeat tersebut agar lebih basah.
  • Buatkan lubang pada permukaan cocopeat yang dapat memuatkan tanah asal anak pokok yang hendak di pindahkan.


  • Letakkan anak pokok kedalam lubang tersebut dan tutup kesemua akar bersama cocopeat. Semasa memindahkan anak pokok hendaklah dilakukan dengan lebih barhati-hati agar akar anak pokok tidak putus. Jangan mampatkan semasa menutup lubang tersebut. Sudah selesai pastikan anak pokok berada dalam keadaan yang tegak.


Itu sahaja aktiviti yang kami lakukan pada minggu ke-emppat ini, harap apa yang kami kongsikan dalam bolg kami ini amat bermanafaat untuk kamu yang membaca. sekian terima kasih. :)



MINGGU KELAPAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Pada minggu ini merupakan minggu cuti pertengahan semester. Oleh itu, kami diberikan ...