بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bertemu kembali pada minggu ini :D Minggu ini pula kami akan menceritakan mengenai pembiakan tut (marcot)
Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air.
Kelebihan pembiakan tut :
- Dapat mengekalkan 100% variasi pokok
- Tanaman mudah dibawa keluar. Sebagai contoh, pokok yang ingin dibiakkan berada didalam hutan maka mudah untuk di bawa keluar pokok tersebut.
- Memanjangkan jangka hayat pokok.
- Tanaman boleh bertahan selama 4-6 hari tanpa air.
- Memudahkan gerak kerja.
Waktu terbaik untuk melakukan pembiakan ini ialah ketika tiada matahari.
Peralatan yang diperlukan :
- Hormon pengalak akar
- pisau
- plastik lut sinar
- tali
Cara-cara penyediaan medium tanah :
- Tanah hendaklah di campurkan air dengan kuantiti 2:1 iaitu 2 adalah tanah dan 1 ialah air.
- Pastikan kelembapan tanah dalam 50%-60%. Kerana kelembapan tersebut cukup untuk membentukkan tanah tersebut menjadi bulat.
- Saiz bulat tanah tersebut hendaklah bersesuaian dengan kelaran yang dibuat.
- Untuk melihat tahap kelembapan yang betul, tanah tersebut di golekkan dan ia masih dalam keadaan asal.
Proses penyediaan medium tanah
Cara-cara melakukan pembiakan tut :
- Memilih dahan pokok yang bersesuaian iaitu, dahan tersebut dalam keadaan sihat dan berada pada sudut 90 darjah ke arah matahari.
- Setelah memilih dahan yang bersesuaian, dahan tersebut hendaklah dikelar dan dibuang kulit dahan tersebut.
- Kelaran yang dibuat hendaklah bersesuaian dengan saiz medium.
- Kambium pada dahan yang telah dikelar hendaklah dikikis sehingga warna hijau tidak kelihatan.
- Sapukan penggalak akar pada bahagian atas kelaran.
- Potong medium kepada dua bahagian untuk lekapkan kepada kelaran.
- Balutkan medium tersebut dengan plastik lut sinar.
- Ikat pada bahagian atas dan bawah supaya air tidak dapat memasuki plastik tersebut.
Medium yang dilekapkan kepada kelaran
Kaedah tut yang sudah selesai
Ini sahaja daripada kami. Moga ketemu lagi di lain hari. Sekian terima kasih. ^_*