بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum, pada blog kali ini kami akan berkongsi ilmu tentang apa yang kami telah pelajari. Pada minggu kali ini kami akan menceritakan tentang bagaimana untuk menyembur racun, menggembur tanah, mengukur kedalaman tanah, membuat alur untuk penanaman biji benih, cara-cara menjarakkan biji benih dan sebagainya.
Assalamualaikum, pada blog kali ini kami akan berkongsi ilmu tentang apa yang kami telah pelajari. Pada minggu kali ini kami akan menceritakan tentang bagaimana untuk menyembur racun, menggembur tanah, mengukur kedalaman tanah, membuat alur untuk penanaman biji benih, cara-cara menjarakkan biji benih dan sebagainya.
Di sebabkan kedalaman tanah tidak mengikut spesifikasi yang di perlukan, Dr Husna mengarahkan kami semua untuk menggembur semula tanah sebanyak setengah kaki atau 6 inci kedalam. Penggemburan itu dilakukan agar tanah menjadi lebih lembut untuk mempermudahkan laluan akar untuk mencari nutrien.
Pemggemburan kali terakhir
Selepas penggemburan tanah kami membuat bancuhan racun Malathion. Kegunaan racun Malathion ialah, untuk menghalau serangga seperti semut dan sebagainya. Pembancuhan racun Malathion mengisi separuh air kedalam botol penyembur dan satu penutup racun Malathion selepas itu, penuhkan botol penyembur dengan air. Sembur di sekeliling batas dan di atas tanah. Selepas penyemburan racun Malathion kami perlu menunggu keesokan hari untuk penyemaian benih kerana racun boleh menyebabkan tumbuhan melecur. Gaulkan tanah supaya racun dan tanah sebati. Langkah terakhir sembur racun diatas batas.
Racun Malathion
Penyemburan racun
Meratakan tanah dan racun
Keesokan harinya kami datang ke ladang untuk penyemaian benih langkah pertama kami diarahkan oleh En Abang untuk membuat empat alur pada setiap batas masing-masing. Kedalaman alur bersamaan dengan empat kali kebesaran biji benih.Kami diberi dua jenis biji benih sayur-sayuran iaitu, bayam merah hijau dan pak choi kerdil. Kematangan sayur bayam merah hijau ialah 25 hari dan kematangan sayur pak choi kerdil ialah 30-40 hari. Selepas itu kami diajar oleh En Abang cara-cara penjarakkan biji benih. Satu penutup botol biji benih dan sepuluh penutup botol pasir dicampurkan.
Biji benih
Biji benih bayam merah hijau dan pak choy kerdil
Campuran biji benih dan pasir
Seterusnya, taburkan biji benih ke dalam alur yang telah di buat dan menutup nya semula.
Penaburan biji benih kedalam alur
Biji benih yang sudah di kambus
Pacakkan kayu di sekeliling batas. Tujuan kayu dipacakkan untuk mengikat tali.
Kayu dipacakkan
Tali diikat zig zag
Tujuan tali diikat secara zig zag untuk menahan jaring daripada terkena pencambahan tumbuhan. Selain itu, kegunaan jaring adalah untuk mengelakkan hujan terus terkena ke tanah dapat mengelakkan biji benih lemas dan bertaburan.
Batas yang sudah ditutupi oleh jaring